TINTA BICARA GURU BESAR

Salam Sejahtara kepada semua warga pendidikan. Kepesatan dan perkembangan dunia ICT era kini telah meledakkan konsep maklumat tanpa sempadan. Warga pendidik khasnya perlu mengambil manfaat ini untuk memantapkan info demi menghasilkan kualiti pendidikan bertaraf dunia. SJKC Cheng Min juga tidak ketinggalan dalam era ICT dengan menghasilkan laman web sekolah. Adalah menjadi harapan sekiranya warga pendidik di seluruh Malaysia mengenali sekolah kami dengan lebih dekat lagi. Disamping dapat berkongsi maklumat demi memartabatkan institusi pendidikan negara selaras dengan slogan "Pendidikan Bertaraf Dunia".

SELAMAT MENGHADAPI UPSR 2010

SELAMAT MENGHADAPI UPSR 2010

PELAN STRATEGIK

ALBUM KEM UNIT BERUNIFORM

ALBUM KEM UNIT BERUNIFORM
Album kem unit beruniform telah berjaya di upload. Klik pada gambar untuk melihat lebih banyak album.

ALBUM SUKAN SEKOLAH 2010

LAWATAN KERJA Y.B DATUK IR DR.WEE KAH SIONG

Friday, June 4, 2010

Ceramah Keselamatan Dan Kesedaran Sekolah Rendah

Jabatan Pertahanan Awam Negeri Sabah telah menawarkan satu ceramah keselamatan kepada sekolah rendah. Pada 25 Jun 2010 bersamaan hari Selasa, unit kselamatan SJK (C) Cheng Min telah menjemput Jabatan Pertahanan Awam Negeri Sabah untuk memberi ceramah bertajuk ‘Keselamatan Dan Kesedaran Sekolah Rendah’. Rombongan ini terdiri daripada lima orang dan diketuai oleh Sarjan Sarimah. Ceramah ini bermula pada pukul 10.00 pagi bertempat di dewan sekolah. Ceramah ini mempunyai dua slot. Slot pertama mengenai CPR dan disampaikan oleh Sarjan Sarimah. Slot kedua bertajuk Choking (Tersekat Pernafasan) dan disampaikan oleh Cik Sitti Asrinah. Semasa ceramah ini, demonstrasi diadakan kepada murid untuk belajar teknik yang betul semasa melakukan CPR dan tersekat pernafasan. Ceramah ini berakhir pada pukul 11.30 pagi. Pihak sekolah telah memberi sijil penghargaan kepada Jabatan Pertahanan Awam Negeri Sabah. Guru besar menyampaikan sijil tersebut kepada Sarjan Sarimah. Ceramah Keselamatan dan Kesedaran Sekolah Rendah ini telah dapat menambahkan ilmu pengetahuan dan kesedaran murid terhadap CPR dan tersekat pernafasan.




Image Hosted by ImageShack.us

0 comments:

. © 2008 Template by:
SkinCorner