TINTA BICARA GURU BESAR

Salam Sejahtara kepada semua warga pendidikan. Kepesatan dan perkembangan dunia ICT era kini telah meledakkan konsep maklumat tanpa sempadan. Warga pendidik khasnya perlu mengambil manfaat ini untuk memantapkan info demi menghasilkan kualiti pendidikan bertaraf dunia. SJKC Cheng Min juga tidak ketinggalan dalam era ICT dengan menghasilkan laman web sekolah. Adalah menjadi harapan sekiranya warga pendidik di seluruh Malaysia mengenali sekolah kami dengan lebih dekat lagi. Disamping dapat berkongsi maklumat demi memartabatkan institusi pendidikan negara selaras dengan slogan "Pendidikan Bertaraf Dunia".

SELAMAT MENGHADAPI UPSR 2010

SELAMAT MENGHADAPI UPSR 2010

PELAN STRATEGIK

ALBUM KEM UNIT BERUNIFORM

ALBUM KEM UNIT BERUNIFORM
Album kem unit beruniform telah berjaya di upload. Klik pada gambar untuk melihat lebih banyak album.

ALBUM SUKAN SEKOLAH 2010

LAWATAN KERJA Y.B DATUK IR DR.WEE KAH SIONG

Monday, February 1, 2010

LAWATAN KERJA Y.B DATUK IR DR.WEE KAH SIONG

Pada 31.1.2009, YB Datuk Ir. Dr. Wee Kah Siong, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia telah mengadakan lawatan kerja ke SJK (C) Cheng Min, Sandakan. Warga PPD Sandakan dan warga sekolah amat berbesar hati menerima kunjungan beliau. Lawatan beliau di sini diiringan oleh Puan Shim Kon Kin (Unit Bahasa Cina) dan Tuan Hj.Sharif Mahada (PPD Sandakan).

Semasa di sini, beliau telah diberikan taklimat oleh Guru Besar tentang isu perkongsian bangunan sekolah dengan SK Bandar yang berlarutan sejak sekian lama. Disamping itu, beliau juga berdialog dengan PIBG sekolah tentang masalah yang berkaitan termasuk sistem pendawaian sekolah yang usang. Maklum balas yang diberikan boleh YB amat menggalakkan dan berjanji untuk menyelesaikan masalah ini secepat mungkin. Beliau juga meluangkan masa melawat kawasan sekolah termasuk bilik guru dan bangunan makmal yang terbengkalai.

Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada warga PPD Sandakan yang memberikan bantuan sebelum dan semasa lawatan tersebut. Terima kasih juga kepada para wartawan dan
PKG Sandakan.

Image Hosted by ImageShack.us


0 comments:

. © 2008 Template by:
SkinCorner