TINTA BICARA GURU BESAR

Salam Sejahtara kepada semua warga pendidikan. Kepesatan dan perkembangan dunia ICT era kini telah meledakkan konsep maklumat tanpa sempadan. Warga pendidik khasnya perlu mengambil manfaat ini untuk memantapkan info demi menghasilkan kualiti pendidikan bertaraf dunia. SJKC Cheng Min juga tidak ketinggalan dalam era ICT dengan menghasilkan laman web sekolah. Adalah menjadi harapan sekiranya warga pendidik di seluruh Malaysia mengenali sekolah kami dengan lebih dekat lagi. Disamping dapat berkongsi maklumat demi memartabatkan institusi pendidikan negara selaras dengan slogan "Pendidikan Bertaraf Dunia".

SELAMAT MENGHADAPI UPSR 2010

SELAMAT MENGHADAPI UPSR 2010

PELAN STRATEGIK

ALBUM KEM UNIT BERUNIFORM

ALBUM KEM UNIT BERUNIFORM
Album kem unit beruniform telah berjaya di upload. Klik pada gambar untuk melihat lebih banyak album.

ALBUM SUKAN SEKOLAH 2010

LAWATAN KERJA Y.B DATUK IR DR.WEE KAH SIONG

Monday, March 30, 2009

KEJOHANAN BOLA KERANJANG MSSB SANDAKAN

SJKC Cheng Min akan menyertai pertandingan bola keranjang bawah 12 tahun peringkat MSSB Sandakan. Kejohanan akan berlangsung di SJKC Syn Hua bermula dari 30 Mac hingga 6 April 2009. Diharapkan pasukan SJK Cheng Min akan bermain bersungguh-sungguh demi memastikan kejayaan akan terus dikecapi dan digeruni oleh pihak lawan.
TERUSKAN BERMAIN DENGAN PENUH SEMANGAT.

Pasukan Bola Keranjang Lelaki di pimpin oleh Cikgu Koh Kia Hau




Pasukan Bola Keranjang Perempuan dipimpin oleh cikgu Foo Lee Yong (PK HEM)


Image Hosted by ImageShack.us

Baca Seterusnya..

Tuesday, March 24, 2009

SEJARAH RINGKAS PPSMI

Pengenalan

PPSMI telah termaktub sebagai keputusan dasar kerajaan Malaysia hasil daripada Mesyuarat Khas Jemaah Menteri pada 19 Julai 2002.

Pelaksanaan PPSMI adalah secara berperingkat, bermula pada sesi persekolahan tahun 2003 dengan perintisnya ialah semua murid Tahun 1 untuk peringkat Sekolah Rendah dan Tingkatan 1 serta Tingkatan 6 Rendah untuk peringkat Sekolah Menengah.

Pelaksanaan penuh PPSMI ialah pada tahun 2007 untuk peringkat Sekolah Menengah sementara peringkat Sekolah Rendah ialah pada tahun 2008.

Rasional kepada peralihan bahasa pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik daripada bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris adalah atas dasar keprihatinan kerajaan terhadap pembangunan sumber tenaga manusia untuk mencapai taraf negara maju dan persiapan dari peringkat awal persekolahan untuk bersaing dalam era globalisasi.

Umum mengetahui bahawa sains dan matematik adalah bidang yang menjadi asas dan berperanan penting dalam kemajuan dan pembangunan sesebuah negara. Pelbagai inovasi dan penemuan baru dalam bidang ini berlaku dengan pantas dan capaian maklumat mengenai perkembangan dalam bidang ini banyak terdapat dalam bahasa Inggeris.

Selain itu, bahasa Inggeris adalah bahasa hubungan antarabangsa dan penguasaan dalam bahasa ini memudahkan perolehan ilmu dalam bidang ini.

Kesimpulannya, keputusan dasar untuk melaksanakan PPSMI bertujuan memastikan penguasaan yang lebih baik dalam sains dan matematik di kalangan murid memandangkan sebahagian besar sumbernya adalah dalam bahasa Inggeris. Secara tidak langsung, pelaksanaan PPSMI diharapkan akan turut meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan murid.

Peranan BBT dalam PPSMI

Peranan BBT telah bermula sejak 2002 sebaik sahaja kabinet memutuskan dasar PPSMI dilaksanakan mulai tahun 2003. BBT berperanan dalam menguruskan penghasilan dan pembekalan Pakej Buku Teks dan Buku Glosari Sains dan Matematik untuk Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah.

Beberapa perubahan telah dilakukan oleh BBT yang melibatkan komponen bagi Pakej Buku Teks Sains dan Matematik dengan tujuan membantu guru dan murid dalam menjayakan program PPSMI ini.

Antaranya, Pakej Buku Teks Mathematics Year 1 merangkumi komponen Buku Teks, Buku Latihan dan Aktiviti, CD-ROM untuk murid (MyCD), CD-ROM untuk guru dan Buku Panduan Guru.

Semua komponen ini diterbitkan dalam dua jilid (Part 1 dan Part 2) bertujuan mengatasi masalah beg berat.

Pada tahun pertama (2003) pelaksanaan PPSMI, pakej buku teks tambahan telah dibekalkan kepada semua sekolah.

Pembekalan pakej buku teks tambahan ini adalah secara one off dan di bawah pengurusan SPBT sekolah. Pakej buku teks tambahan ini boleh dipinjamkan kepada murid untuk rujukan mereka dan juga bagi tujuan guru melaksanakan P & P Matematik di dalam bilik darjah.

BBT turut menguruskan penghasilan Buku Glosari Sains dan Matematik untuk Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah. Penghasilan buku glosari ini adalah sebahagian daripada Program Intervensi PPSMI yang dimulakan pada tahun 2005.

Pakej Buku Teks Sains dan Matematik untuk PPSMI

Buku teks Sains dan Matematik yang dibekalkan ke sekolah di bawah Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) adalah secara berpakej. Penulisan pakej buku teks ini adalah berdasarkan keperluan dan hasrat yang dinyatakan dalam Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran Sains dan Matematik masing-masing.

Pakej Buku Teks Sains dan Matematik terdiri daripada beberapa komponen bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran (p&p) di sekolah.

Fungsi setiap komponen secara umumnya adalah seperti berikut:

i) Buku Teks (Textbook)

Buku Teks disediakan untuk murid sebagai sumber asas mendapatkan pengetahuan tentang konsep dan kemahiran dalam pembelajaran sains dan matematik.

ii) Buku Latihan dan Aktiviti (Activity Book)

Buku Latihan dan Aktiviti (BLA) disediakan untuk murid bagi mengukuhkan kefahaman konsep dan penguasaan kemahiran sains dan matematik yang telah dipelajari daripada buku teks. BLA membekalkan soalan latihan dan aktiviti yang dapat dilaksanakan oleh murid. BLA adalah komponen Pakej Buku Teks Sains dan Matematik Tahap Satu sahaja.

iii) Buku Panduan Guru (Teacher's Guide)

Buku Panduan Guru disediakan untuk guru sebagai sumber rujukan dan panduan supaya memudahkan guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara berkesan. Buku panduan ini juga membantu guru mengemaskini dan meningkatkan pengetahuan sains dan matematik serta merangsang kreativiti guru dalam P&P. Buku Panduan Guru adalah komponen Pakej Buku Teks Sains dan Matematik untuk Tahap Dua serta Pakej Buku Teks Matematik Tahun Satu.

iv) MyCD (Pupil's CD-ROM)

MyCD ialah CD-ROM untuk murid yang bertujuan mengukuhkan kefahaman murid berkaitan konsep sains dan matematik yang telah mereka pelajari melalui persembahan multimedia. Kandungan MyCD adalah Latihan dan Aktiviti secara interaktif, permainan, simulasi dan e-ujian.

v) CD-ROM Guru (Teacher's CD-ROM)

CD-ROM Guru bertujuan membantu guru dalam merancang dan melaksanakan P&P sains dan matematik. Antara kandungan di dalam CD-ROM Guru ialah strategi P&P, bank soalan, aktiviti tambahan dan senarai URL yang relevan dengan pendidikan sains dan matematik. CD-ROM Guru adalah komponen Pakej Buku Teks Sains dan Matematik untuk Tahap Satu sahaja.

vi) Buku Amali Sains (Science Practical Book)

Buku Amali Sains diterbitkan untuk memastikan mata pelajaran Sains diajar secara amali dan bukan hanya secara teori. Selain itu, daya pemikiran dan kreativiti murid dapat dikembangkan melalui amali serta menimbulkan minat murid terhadap Sains. Buku Amali Sains adalah komponen Pakej Buku Teks Sains untuk Tahap Dua sahaja.

Buku Glosari

Buku Glosari Sains dan Matematik adalah bahan rujukan guru dan murid untuk mengenal sesuatu istilah melalui definisi dan penggunaan istilah tersebut dengan lebih tepat. Selanjutnya »

Senarai Pakej Buku Teks Yang Dibekalkan oleh BBT
Image Hosted by ImageShack.us
Baca Seterusnya..

LARANGAN PENGGUNAAN TELEFON BIMBIT

19 Mac 2009

Mesyuarat Jawatankuasa Induk Menengani Gejala Disiplin 1/2009 pada 17 Mac 2009 menetapkan antara lainnya ialah untuk menguatkuasa sepenuhnya larangan murid membawa telefon bimbit ke sekolah. Dasar melarang murid membawa telefon bimbit ke sekolah hendaklah dikuatkuasakan. YB Datuk Dr. Wee Kah Siong, Timbalan Menteri Pelajaran yang mempengerusikan mesyuarat menyatakan bahawa Isu-isu di sekolah kebelakangan ini berpunca dari murid mengguna telefon untuk menyebarkan maklumat kepada masyarakat umum dengan pantas dan meluas. Dalam banyak keadaan maklumat yang diterima tidak tepat dan disalah tafsir. Lain-lain keputusan mesyuarat tersebut ialah:


*
Maklumat yang diberikan kepada masyarakat umum tidak diyakini oleh sesetengah pihak. Perlu difikirkan pendekatan yang lebih baik bagaimana persembahan maklumat serta elemen-elemen yang berkaitan dengannya dapat mengangkat keyakinan semua pihak.
*
Peranan guru kaunseling perlu diberi tumpuan bagi membantu mendidik murid dari aspek pembangunan sahsiah dan mengurangkan masalah disiplin. Jumlah guru kaunseling yang dilantik di sesebuah sekolah perlu berdasarkan kepada situasi disiplin yang dihadapi oleh sekolah. Norma 1:500 hanya sesuai dijadikan asas pelantikan guru kaunseling bagi sekolah-sekolah yang tidak menghadapi masalah disiplin yang kritikal.
*
Senarai aktiviti yang dicadangkan sebagai pengisian kempen menangani gejala disiplin di sekolah dipersetujui. Perbelanjaan hendaklah berdasarkan kepada amaun yang telah diperuntukkan (RM 5.2 juta). Jika terdapat sebarang tambahan peruntukan, maka bolehlah aktiviti-aktiviti tambahan atau yang tidak dapat dilaksanakan pada peringkat awal diteruskan.
*
Pewujudan Unit Khas Disiplin yang diluluskan oleh Kabinet pada tahun 2006 hendaklah dilaksanakan. Kertas kerja yang telah diserahkan kepada Bahagian Sumber Manusia perlu diambil tindakan dan dipastikan penubuhan unit seperti yang diputuskan.
*
Isu warden asrama perlu diatasi segera bagi tujuan meningkatkan perkhidmatan pengawasan dan pengendalian kebajikan dan keselamatan penghuni asrama. Petugas asrama perlu mempunyai status tugas sepenuh masa dan menerima kemudahan yang menarik seperti tempat tinggal yang sesuai, elaun yang setimpal dan bilangan pegawai yang sepadan.
*
Kehadiran polis di sekolah sekali-sekala memberi kesan yang positif kepada peningkatan suasana disiplin di sekolah. Walaupun begitu pihak polis berpandangan bahawa kehadiran polis di sekolah hendaklah dilihat dari perspektif menawarkan bantuan bukan ancaman (fear) kepada murid.

Image Hosted by ImageShack.us
Baca Seterusnya..

Wednesday, March 18, 2009

489 SJK CINA TERIMA BANTUAN KERAJAAN

SABAK BERNAM 15 Mac - Sebanyak 489 buah Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dari seluruh negara akan menerima bantuan kewangan daripada kerajaan secara berperingkat pada tahun ini.
Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata, peruntukan berjumlah RM50 juta itu akan diagihkan kepada sekolah terbabit untuk pelbagai kegunaan....

"Ia termasuk pembelian aset dan modal untuk menaik taraf bangunan sekolah seperti membaik pulih bilik darjah yang usang serta pembinaan makmal komputer," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan upacara pecah tanah pembinaan bangunan bilik darjah baru SJK Cina Lum Hua di sini hari ini.

Upacara tersebut disempurnakan oleh Menteri Pengangkutan yang juga Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat.

Turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan MCA Selangor, Senator Datuk Wong Foon Meng; Guru Besar SJK Cina Lum Hua, Choo Lay Yoong dan Pengerusi Lembaga Pengurus sekolah tersebut, Lean Eng Chong.

Inisiatif membina semula bilik darjah SJK Cina Lum Hua diambil setelah Jabatan Kerja Raya (JKR) mendapati bilik darjah lama yang berusia 54 tahun di sekolah itu tidak lagi selamat digunakan kerana diserang anai-anai.

Ka Siong berkata, pihaknya juga telah menyediakan peruntukan yang mencukupi untuk disalurkan kepada Sekolah Kebangsaan (SK), SJK Tamil, sekolah agama dan sekolah mubaligh yang memerlukan bantuan di seluruh negara.

"Usaha membangunkan bidang pendidikan merupakan isu sejagat yang merentasi agama dan kaum.

"Oleh yang demikian, kami akan cuba membantu sebanyak mungkin sekolah yang telah mengemukakan permohonan mereka," ujar beliau.

Sementara itu, Tee Keat berkata, MCA akan membuat kajian menyeluruh untuk membantu kerajaan mengenal pasti bangunan sekolah usang yang perlu dibina dan ditempatkan semula.

"Kami juga berharap usaha ini mendapat kerjasama daripada masyarakat setempat agar kita dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif di dalam sekolah," katanya.

Image Hosted by ImageShack.us
Baca Seterusnya..

Thursday, March 12, 2009

ADIK ZAIN KE KEJOHANAN OLAHRAGA MSS SABAH


Adik Zain bin Nur Husin telah berjaya dipilih untuk mewakili MSS Zon Sandakan ke Kejohanan Olahraga MSS Sabah yang akan berlangsung di Kota Kinabalu. Kejohanan tersebut akan berlangsung pada 21 - 26 Mac 2008. Sebelum itu para peserta akan menjalani latihan pusat di padang Astaka SMK Telupid selama seminggu. Pihak sekolah dengan berbesar hati telah memberikan sumbangan wang tunai kepada adik Zain. Tahniah diucapkan.

Image Hosted by ImageShack.us

Baca Seterusnya..

Wednesday, March 11, 2009

MAJLIS MTQ PERINGKAT DAERAH SANDAKAN


Adik Rafidah dan adik Nurhaliza telah mewakili SJKC Cheng Min ke Majlis MTQ Peringkat daerah Sandakan yang diadakan di SMK Agama Sandakan. Mereka mewakili sekolah dalam pertandingan bercerita kisah-kisah Al-Quran. Adalah diharapkan mereka akan berjaya dalam pertandingan tersebut.
Image Hosted by ImageShack.us

Baca Seterusnya..

Friday, March 6, 2009

KEJOHANAN BOLA SEPAK ZON




SJK Cheng Min telah menghantar wakil pada kejohanan bola sepak peringkat zon yang diadakan di padang SK Muhibbah. Para pemain telah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi.Namun begitu, SJK Cheng Min kurang bernasib baik, dek kurang pengalaman maka, gagal untuk ke peringkat seterusnya. Tahniah diucapkan kepada para pemain.


Image Hosted by ImageShack.us

Baca Seterusnya..

Thursday, March 5, 2009

PUSAT AKSES




Pusat Akses SJK Cheng Min telah beroperasi sejak 2007 sehingga sekarang. Murid-murid diberi peluang menggunakan PAS untuk mendalami ilmu IT. PAS juga dibuka pada waktu rehat kepada murid-murid tahun 5 dan tahun 6.


Image Hosted by ImageShack.us

Baca Seterusnya..

Wednesday, March 4, 2009

HARI GURU 2009

Tema Hari Guru 2009 ialah " Guru Pembina Negara Bangsa". arikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956.Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagi Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

Rasional pemilihan tema tersebut ialah:

a. Guru sebagai pendidik terbukti telah memainkan peranan utama dalam memperjuang dan mengekalkan kemerdekaan serta kedaulatan negara melalui system pendidikan dan seterusnya membangunkan negara sehingga dikagumi oleh dunia luar.

b. Guru menjadi harapan bagi memastikan pembentukan jati diri murid yang kukuh, berdaya saing, berkeyakinan tinggi dan berpegang teguh kepada agama dan nilai sejagat seterusnya menjadi warganegara glokal yang mampu bersaing dengan kepesatan dunia luar.

c. Kecekapan dan keberkesanan guru menerusi system pendidikan membina negara bangsa yang berjaya.

d. Peranan guru dalam mewujudkan pembangunan dan modal insan.

Image Hosted by ImageShack.us
Baca Seterusnya..

Tuesday, March 3, 2009

KEBANGGAAN SEKOLAH

Inilah beberapa piala yang menjadi kebangaan warga SJKC Cheng Min sejak sekian lama. Pertama kalinya dalam sejarah, SJKC Cheng Min telah berjaya memiliki secara mutlak piala pusingan Bola Keranjang MSSD Sandakan kerana telah menjadi johan sebanyak 4 kali berturut-turut. Pemilikan piala ini juga dicemburui oleh sekolah-sekolah yang lain yang terpaksa akur dengan kehebatan para pemain SJKC Cheng Min. Tahniah.....





Baca Seterusnya..

Monday, March 2, 2009

PUSAT SUMBER SEKOLAH

Pusat sumber sekolah diketuai oleh Cikgu Ng Shok Kun dan dibantu oleh beberapa orang guru serta pengawas perpustakaan. PSS menjadi rujukan murid untuk meminjam buku terutamanya pada waktu rehat. Seiring dengan perkembangan teknologi, PSS menggunakan sistem bar kod untuk mengkatalog buku dan semasa proses peminjaman buku.







Baca Seterusnya..

Sunday, March 1, 2009

LENCANA SEKOLAH


Lencana sekolah mempunyai identiti tersendiri. Panjang lencana sekolah ialah 5.2 cm dan lebarnya ialah 3.6 cm. Lencana sekolah mempunyai 3 warna iaitu kuning, merah dan biru. Setiap warna mempunyai maksud seperti berikut :

Kuning - Murid mempunyai pencapaian yang cemerlang dalam peperiksaan.

Merah - Murid-murid selalu berani dan bersemangat.

Biru - Murid-murid selalu setia dan taat kepada sekolah.

Selain itu , Jata Negeri Sabah melambangkan sebuah sekolah yang terletak di negeri Sabah. Tahun 1961 melambangkan sekolah ini dibuka pada tahun 1961.



Baca Seterusnya..
. © 2008 Template by:
SkinCorner