Laman rasmi gagasan 1 Malaysia, cetusan idea Perdana Menteri Malaysia.
TENGOK JERUNG
-
TINTA BICARA GURU BESAR
Salam Sejahtara kepada semua warga pendidikan. Kepesatan dan perkembangan dunia ICT era kini telah meledakkan konsep maklumat tanpa sempadan. Warga pendidik khasnya perlu mengambil manfaat ini untuk memantapkan info demi menghasilkan kualiti pendidikan bertaraf dunia. SJKC Cheng Min juga tidak ketinggalan dalam era ICT dengan menghasilkan laman web sekolah. Adalah menjadi harapan sekiranya warga pendidik di seluruh Malaysia mengenali sekolah kami dengan lebih dekat lagi. Disamping dapat berkongsi maklumat demi memartabatkan institusi pendidikan negara selaras dengan slogan "Pendidikan Bertaraf Dunia".
Pada 30 Ogos 2010 (Isnin) , SJKC Cheng Min telah mengadakan Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat sekolah. Pelbagai acara telah di adakan pada hari tersebut. Antaranya pertandingan melukis poster, mewarna, tanyangan video, kuiz dan persembahan murid-murid. Melalui sambutan seperti ini, murid-murid dapat diterapkan dengan semangat cintakan Malaysia disamping menghayati semangat para pejuang zaman dahulu menuntut kemerdekaan negara kita. Adalah diharapkan sambutan seperti ini dapat menerapkan semangat 1 Malaysia seperti yang diwar-warkan oleh Perdana Menteri kita. Tema sambutan kemerdekaan ke 53 ialah 1 Malaysia, Menjana Transformasi. Merdeka !!! Merdeka !!! Merdeka !!!
Sekitar Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Sekolah 2010
Jabatan Pertahanan Awam Negeri Sabah telah menawarkan satu ceramah keselamatan kepada sekolah rendah. Pada 25 Jun 2010 bersamaan hari Selasa, unit kselamatan SJK (C) Cheng Min telah menjemput Jabatan Pertahanan Awam Negeri Sabah untuk memberi ceramah bertajuk ‘Keselamatan Dan Kesedaran Sekolah Rendah’. Rombongan ini terdiri daripada lima orang dan diketuai oleh Sarjan Sarimah. Ceramah ini bermula pada pukul 10.00 pagi bertempat di dewan sekolah. Ceramah ini mempunyai dua slot. Slot pertama mengenai CPR dan disampaikan oleh Sarjan Sarimah. Slot kedua bertajuk Choking (Tersekat Pernafasan) dan disampaikan oleh Cik Sitti Asrinah. Semasa ceramah ini, demonstrasi diadakan kepada murid untuk belajar teknik yang betul semasa melakukan CPR dan tersekat pernafasan. Ceramah ini berakhir pada pukul 11.30 pagi. Pihak sekolah telah memberi sijil penghargaan kepada Jabatan Pertahanan Awam Negeri Sabah. Guru besar menyampaikan sijil tersebut kepada Sarjan Sarimah. Ceramah Keselamatan dan Kesedaran Sekolah Rendah ini telah dapat menambahkan ilmu pengetahuan dan kesedaran murid terhadap CPR dan tersekat pernafasan.
Keterangan logo 1 Malaysia Melambangkan visi negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara. Mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.
NEGARAWAN ULUNG
Yang Amat Berbahagia Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi (lahir: 26 November 1939; juga dikenali sebagai Pak Lah) merupakan bekas Perdana Menteri Malaysia ke-5, mewarisi kepimpinan daripada Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Beliau juga merupakan bekas Presiden UMNO ke-6, parti politik yang paling besar dalam Malaysia. Selepas melepaskan jawatan Perdana Menteri Malaysia, 1 September 2009, beliau dilantik menjadi Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).[1] Sebelum menjadi Perdana Menteri, beliau dilantik pada beberapa jawatan tinggi dalam kerajaan Malaysia. Namun, beliau dipecat sebagai Menteri kerana menyokong 'Team B' dalam Majlis Agung UMNO pada tahun 1987. Beliau tidak menjadi anggota kabinet lagi sehingga 1991. Anwar Ibrahim, yang pada masa itu Timbalan Perdana Menteri, dipecat oleh Tun Dr. Mahathir pada tahun 1998. Pada tahun 1999 Abdullah dilantik sebagai Timbalan kepada Tun Dr. Mahathir, dan pada tahun 2003, Abdullah akhirnya mewarisi jawatan Tun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia dan Presiden UMNO.
MENTERI PELAJARAN MALAYSIA
Y.B. TAN SRI HJ MUHYIDDIN BIN HJ. MOHD YASSIN , MENTERI PELAJARAN MALAYSIA
KPPM
Y.Bhg DATO' HJ. ALIMUDDIN BIN Hj MOHD DOM , KETUA PENGARAH PELAJARAN
PENGARAH PELAJARAN SABAH
Y. BHG DR. HJ. MUHIDDIN YUSIN
GURU BERTUGAS MINGGUAN
TAHNIAH ....
Adik Catherine Au telah mendapat tempat ke 4 dalam Pertandingan Syarahan Bahasa Inggeris dan adik Verra Yena mendapat tempat ke 8 dalam Pertandingan Syarahan Bahasa Malaysia peringkat SJKC Daerah Sandakan yang di adakan di SJKC Pei Ying Pada 23.4.2010. Semoga kejayaan mereka menjadi pembakar semangat untuk murid-murid yang lain. Tahniah.....
MUTIARA KATA HARI NI
AKTIVITI KITAR SEMULA
CEMERLANG 2010
Adik Chia Mui Lin mendapat anugerah pemain terbaik perempuan.
CEMERLANG 2010
Johan kategori perempuan bola keranjang MSSD Sandakan 2010