TINTA BICARA GURU BESAR

Salam Sejahtara kepada semua warga pendidikan. Kepesatan dan perkembangan dunia ICT era kini telah meledakkan konsep maklumat tanpa sempadan. Warga pendidik khasnya perlu mengambil manfaat ini untuk memantapkan info demi menghasilkan kualiti pendidikan bertaraf dunia. SJKC Cheng Min juga tidak ketinggalan dalam era ICT dengan menghasilkan laman web sekolah. Adalah menjadi harapan sekiranya warga pendidik di seluruh Malaysia mengenali sekolah kami dengan lebih dekat lagi. Disamping dapat berkongsi maklumat demi memartabatkan institusi pendidikan negara selaras dengan slogan "Pendidikan Bertaraf Dunia".

SELAMAT MENGHADAPI UPSR 2010

SELAMAT MENGHADAPI UPSR 2010

PELAN STRATEGIK

ALBUM KEM UNIT BERUNIFORM

ALBUM KEM UNIT BERUNIFORM
Album kem unit beruniform telah berjaya di upload. Klik pada gambar untuk melihat lebih banyak album.

ALBUM SUKAN SEKOLAH 2010

LAWATAN KERJA Y.B DATUK IR DR.WEE KAH SIONG

Monday, April 26, 2010

TAHNIAH

Tahniah diucapkan kepada Adik Catherine, Yera Yena dan Yong Vui Kien kerana telah mendapat kejayaan dalam pertandingan yang telah disertai antara SJKC seluruh Daerah Sandakan. Terima kasih kepada guru-guru yang berusaha melatih mereka sehingga berjaya.


Adik Yong Vui Kien mendapat saguhati dalam Pentandingan Syarahan Bahasa Cina.
Pertandingan Syarahan Bahasa Cina
24.4.2010
SJKC Pea Hwa

Adik Vera Yena mendapat saguhati dalam Pentandingan Syarahan Bahasa Malaysia.
Pertandingan Syarahan Bahasa Malaysia
23.4.2010
SJKC Pei Ying


Adik Catherine Au mendapat tempat ke 4 dalam Pentandingan Syarahan Bahasa Inggeris.
Pertandingan Syarahan Bahasa Inggeris
23.4.2010
SJKC Pei Ying




Image Hosted by ImageShack.us


Baca Seterusnya..

Wednesday, April 21, 2010

PESTA ANGPAU 2010



Image Hosted by ImageShack.us

Baca Seterusnya..

Monday, April 19, 2010

KEJOHANAN SUKAN SEKOLAH TAHUN 2010

Pada 14 dan 15 April 2010, Kejohanan Sukan Sekolah telah berjaya diadakan. Kejohanan dua hari tersebut diadakan di gelanggang sekolah (14 Apr) dan Kompleks Sukan Sandakan (15 Apr). Kejohanan Sukan telah dirasmikan oleh En. Kok Siau Yee, Pengerusi PIBG Sekolah. Pelbagai acara berlangsung sepanjang kejohanan tersebut. Antaranya lari berganti-ganti 50 meter, lari berkaki tiga, memungut pundi kacang, lompat tinggi, lompat jauh, lontar peluru dan lain-lain.

Warga sek0lah bersyukur kerana cuaca pada hari sukan tersebut sangat cerah dan ceria. Murid-murid telah bertanding dengan penuh semangat kesukanan. Acara perbarisan telah dimenangi oleh pasukan rumah Merah, manakala johan keseluruhan juga dimenangi oleh pasukan rumah Merah. Tahniah kepada semua guru, murid-murid, pasukan Bulan Sabit Merah
dan mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.







Image Hosted by ImageShack.us

Baca Seterusnya..
. © 2008 Template by:
SkinCorner