TINTA BICARA GURU BESAR
Salam Sejahtara kepada semua warga pendidikan. Kepesatan dan perkembangan dunia ICT era kini telah meledakkan konsep maklumat tanpa sempadan. Warga pendidik khasnya perlu mengambil manfaat ini untuk memantapkan info demi menghasilkan kualiti pendidikan bertaraf dunia. SJKC Cheng Min juga tidak ketinggalan dalam era ICT dengan menghasilkan laman web sekolah. Adalah menjadi harapan sekiranya warga pendidik di seluruh Malaysia mengenali sekolah kami dengan lebih dekat lagi. Disamping dapat berkongsi maklumat demi memartabatkan institusi pendidikan negara selaras dengan slogan "Pendidikan Bertaraf Dunia".
Setelah selesai menjalani Kursus Pengawas pada 23.1.2010, barisan pengawas sekolah menyampaikan lafaz ikrar dihadapan Guru besar, Penolong Kanan dan Guru Disiplin untuk menzahirkan iltizam mereka menjadi pengawas yang berdedikasi.
Bahawa kami berikrar akan menjalankan tugas dan
tanggungjawab yang diamanahkan kepada kami
berasaskan atas prisip-prinsip yang berikut:
Jujur dan amanah
Berdisiplin sepenuh masa
Mengawas keselamatan murid dan sekolah
Membantu guru dan kakitangan sekolah
Sentiasa kemas dan rapi.




Baca Seterusnya..