TINTA BICARA GURU BESAR
Salam Sejahtara kepada semua warga pendidikan. Kepesatan dan perkembangan dunia ICT era kini telah meledakkan konsep maklumat tanpa sempadan. Warga pendidik khasnya perlu mengambil manfaat ini untuk memantapkan info demi menghasilkan kualiti pendidikan bertaraf dunia. SJKC Cheng Min juga tidak ketinggalan dalam era ICT dengan menghasilkan laman web sekolah. Adalah menjadi harapan sekiranya warga pendidik di seluruh Malaysia mengenali sekolah kami dengan lebih dekat lagi. Disamping dapat berkongsi maklumat demi memartabatkan institusi pendidikan negara selaras dengan slogan "Pendidikan Bertaraf Dunia".
Keterangan logo 1 MalaysiaMelambangkan visi negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.
Mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.

Baca Seterusnya..


Guru Besar telah menyampaikan hadiah kepada murid-murid yang telah membaca buku terbanyak untuk bulan Jun dan Julai. Murid-murid mendapat baucer wang yang boleh digunakan untuk membeli buku di kedai Lumen.
Programini bertujuan untuk menggalakkan murid-murid pergi ke pusat sumber dan membaca buku untuk menambahkan ilmu pengetahuan. Tahniah kepada yang berjaya....

Baca Seterusnya..