TINTA BICARA GURU BESAR
Salam Sejahtara kepada semua warga pendidikan. Kepesatan dan perkembangan dunia ICT era kini telah meledakkan konsep maklumat tanpa sempadan. Warga pendidik khasnya perlu mengambil manfaat ini untuk memantapkan info demi menghasilkan kualiti pendidikan bertaraf dunia. SJKC Cheng Min juga tidak ketinggalan dalam era ICT dengan menghasilkan laman web sekolah. Adalah menjadi harapan sekiranya warga pendidik di seluruh Malaysia mengenali sekolah kami dengan lebih dekat lagi. Disamping dapat berkongsi maklumat demi memartabatkan institusi pendidikan negara selaras dengan slogan "Pendidikan Bertaraf Dunia".

Adik Yusrianto telah mewakili sekolah dalam Pertandingan Mengarang Bahasa Cina untuk murid bukan Cina. Adik Yusrianto telah berjaya mendapat tempat kedua dan seterusnya mengharumkan nama sekolah. Pihak sekolah dan PIBG dengan berbesar hati telah memberikan saguhati kepada adik Yusrianto. Tahniah dari kami semua......

Baca Seterusnya..
SJKC Cheng Min, 17 Jun 2009.
Pertandingan nyanyian dalam bahasa Cina telah didakan di dewan sekolah. Pertandingan diadakan bertujuan untuk mencungkil bakat murid disamping memperkasakan penguasaan bahasa Cina. Pelbagai aksi dapat dilihat pada hari tersebut.
Pertandingan dibahagikan kepada 3 kategori iaitu Tahun 1 & 2, Tahun 3&4 dan Tahun 5&6. Pertandingan diadili oleh guru-guru bahasa Cina yang profesional.






Baca Seterusnya..
Pada 16 Julai 2009 (Khamis), beberapa orang Guru Besar telah berkunjung ke SJKC Cheng Min untuk menjalankan pemantauan. Pemantauan ini adalah kerjasama antara MGB dan PPD Sandakan. Ia dijalankan bertujuan memantapkan lagi sistem pengurusan sekolah daerah Sandakan dan memperbaiki kelemahan yang ada. Warga sekolah mengucapkan Selamat Datang kepada mereka.
Taklimat daripada PK1

Uapan aluan daripada Guru Besar SJKC Cheng Min

Guru-guru Besar menjamu selera

Bergambar kenangan



Baca Seterusnya..