TINTA BICARA GURU BESAR
Salam Sejahtara kepada semua warga pendidikan. Kepesatan dan perkembangan dunia ICT era kini telah meledakkan konsep maklumat tanpa sempadan. Warga pendidik khasnya perlu mengambil manfaat ini untuk memantapkan info demi menghasilkan kualiti pendidikan bertaraf dunia. SJKC Cheng Min juga tidak ketinggalan dalam era ICT dengan menghasilkan laman web sekolah. Adalah menjadi harapan sekiranya warga pendidik di seluruh Malaysia mengenali sekolah kami dengan lebih dekat lagi. Disamping dapat berkongsi maklumat demi memartabatkan institusi pendidikan negara selaras dengan slogan "Pendidikan Bertaraf Dunia".

Selamat Hari Guru kepada warga guru SJKC Cheng Min, Sandakan

Baca Seterusnya..

Murid-murid SJKC Cheng Min akan menghdapi Peperiksaan Penggal 1 bermula pada 11-14 Mei 2009. Selamat menjawab dan maju jaya.

Baca Seterusnya..

Pengerusi PIBG En. Kok Tsui Yee dengan berbesar hati telah menyampai saguhati kepada murid-murid yang telah berjaya mewakili SJK Cheng Min ke peringkat MSS Sabah.Mereka terdiri daripada :
1. Adik Norhidayah -
Pertandingan Ujian Bertulis Bahasa Malaysia (Keningau)
2. Adik Beverly, Chong Wai Kit, Mohd Zain dan Maripie -
Kejohanan Bola Keranjang MSS Sabah (Beufort)
Tahniah diucapkan kepada mereka, dan terima kasih kepada En.Kon Tsui Yee.

Baca Seterusnya..

Adik Nurhidayah dari kelas 6A telah berjaya mendapat tempat ke 4 dalam pertandingan Ujian Bertulis Bahasa Malaysia SJK Daerah Sandakan. Tahniah diucapkan kepada adik Nurhidayah kerana telah berusaha bersaing dengan lebih 50 orang peserta dari 10 buah SJKC Daerah Sandakan. Rentetan daripada itu, adik Nurhidayah akan mewakili Daerah Sandakan ke pertandingan peringkat Negeri Sabah yang akan diadakan di daerah Keningau. Terima kasih kepada Cikgu Wong Fung Teng dan Cikgu Chen Yan Rong selaku guru pengiring dan jurulatih murid.

Baca Seterusnya..