
Sekolah Cheng Min merupakan sekolah kerajaan yang terbesar di Sandakana suatu ketika daulu. Ia dibina pada tahun 1959. Pembinaan sekolah ini adalah daripada bantuan kerajaan iaitu sebanyak RM888,999.
Pada 11 September semasa zaman penjajahan British, Pegawai Pendidikan Sandakan mengadakan mesyuarat penggabungan 3 buah sekolah daerah bandar. Sekolah tersebut ialah sekolah Mng Sin, Sekolah Pui Chi dan Sekolah Nam Fah.Pengarah-pengarah sekolah dan guru-guru besar dari ketiga-tiga sekolah daerah bandar tersebut dijemput menghadiri mesyuarat tersebut. Pengumuman Pegawai Pendidikan bahawa pihak pejabat pendidikan telah merancang pengabungan sekolah-sekolah daerah bandar mulai tahun 1954 supaya menubuhkan sebuah sekolah rendah cina yang besar dengan bantuan dari segi kewangan, fasiliti dan tenaga manusia. Penubuhan ini juga bagi menggantikan ketiga-tiga buah sekolah tersebut yang sudah rosak. Di samping itu, murid-muridnya dapat belajar dalam keadaan yang harmoni dan aman.
Pada Ogos 1956, satu jawatankuasa pembinaan sekolah telah ditubuhkan. Jawatankuasa ini bertugas untuk melancarkan rancangan pembinaan sekolah baru ini. Tapak sekolah beralamat di atas satu kawasan belakang Rumah Bulan Sabit Merah, Sandakan. Kawasan ini cukup luas, udaranya nyaman dan segar, jauh dari kesibukan bandar dan suasana yang cantik.
Pada 1955, pihak Pejabat Pendidikan telah melancarkan perancangan penubuhan sekolah, makan jawatankuasa ini berasa bahawa telah tiba masanya untuk memulakan rancangan pembinaan sekolah barunya.Malangnya, sebaik sahaja pihak Jawatankuasa Pembinaan Sekolah ini memohon peruntukan kewangan, SRJK Chung Hwa, K.K juga membuat pemohonan yang sama. Keputusannya, pihak jawatankuasa sekolah telah mengalami halangan dan kegagalan dalam permohonan tersebut.
Semasa En. Ng Chu Hoi mengunjungi sabah, beliau mencadangkan bahawa semua Sekolah Rendah Cina diuruskan oleh kerajaan. Tetapi cadangan beliau tidak dapat diluluskan. Pada 1955, kerajaan mengumunkan bahawa urusan terhadap masalah pendidikan Bahasa Cina, Bahasa Melayu dalam rancangan Buku Kulit Putih. Pada Julai 1955, kerajaan telah menubuhkan jawatankuasa untuk mengkaji masalah tersebut.
Kabinet negeri telah mengemukakan cadangan supaya menubuhkan jawatankuasa pendidikan diperingkat negeri dan mengadakan cawangannya di daerah masing-masing. Cadangan tersebut telah diluluskan . Selanjutnya dari suara orang ramai, urusan pendidikan adalah dipegang kuasa oleh kerajaan dan jawatankuasa pengarah pendidikan. Pengarah Pendidikan Borneo, Encik Mike telah mengemukakan cadangannya terhadap penggabungan ketiga-tiga buah sekolah tersebut.
Setelah mengalami beberapa perubahan dan rintangan, sebuah sekolah yang tersergam indah telah berjaya dibina. Sekolah ini mengandungi 14 buah bilik darjah, sebuah kantin dan sebuah gelanggang bola keranjang. Ia dibina dengan bantuan kewangan dari Pejabat
Baca Seterusnya..