TINTA BICARA GURU BESAR
Salam Sejahtara kepada semua warga pendidikan. Kepesatan dan perkembangan dunia ICT era kini telah meledakkan konsep maklumat tanpa sempadan. Warga pendidik khasnya perlu mengambil manfaat ini untuk memantapkan info demi menghasilkan kualiti pendidikan bertaraf dunia. SJKC Cheng Min juga tidak ketinggalan dalam era ICT dengan menghasilkan laman web sekolah. Adalah menjadi harapan sekiranya warga pendidik di seluruh Malaysia mengenali sekolah kami dengan lebih dekat lagi. Disamping dapat berkongsi maklumat demi memartabatkan institusi pendidikan negara selaras dengan slogan "Pendidikan Bertaraf Dunia".

SJK(C) CHENG MIN, 4 November 2009 : Pihak sekolah telah mengadakan Majlis Penyerahan Bantuan Wang KWAPM kepada murid-murid yang layak. Para ibu bapa dijemput ke sekolah untuk menerima bantuan tersebut. Wakil PIBG iaitu Encik Khoo Chiang Kee telah dijemput untuk menyampaikan bantuan tersebut. Ibu bapa juga berpeluang berinteraksi dengan guru-guru tentang prestasi anak-anak mereka di sekolah. Perjumpaan seperti ini dapat mengeratkan hubungan di antara pihak sekolah dan ibu bapa. Tahniah kepada yang layak.

Baca Seterusnya..

Pada pagi ini , Guru Besar dan Penolong Kanan Ko Kum telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang pertandingan badminton yang telah diadakan. Tujuan bertandingan ini diadakan adalah untuk mencungkil bakat murid dalam bidang ko kurikulm dan memahirkan murid-murid dalam sukan badminton. Tahniah kepada para pemenang.

Baca Seterusnya..
Intisari ucapan guru besar.
1. Guru besar meminta murid-murid menjawab soalan peperiksaan dengan baik. Setiap ujian dan
peperiksaan hendaklah dianggap penting.
2. Jawapan boleh disemak dengan guru untuk mengenalpasti kesalahan dan dibuat pembetulan.
3. Murid-murid yang rajin dan berusaha pasti akan beroleh kejayaan dan mendapat hadiah.
Pada pagi ini juga, Guru Besar dan Penolong Kanan telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang dalam beberapa pertandingan yang telah diadakan. Tahniah kepada para pemenang.
Pertandingan Sains
Pertandingan reka cipta dan mewarna

Pertandingan matematik

Pertandingan matematik

Anugerah NILAM

Baca Seterusnya..
Objectives:1. To encourage pupils to master and raise the standard of English Language usage.
2. To encourge the development of oral communication skills among pupils.
3. To foster the spirit of love for the English Language among pupils.
Activities that had been carried out throughout the English Language Week are follows :
1. English Conner
Teacher had put up interesting articles like interesting poems, stories and other reading materials.
2. The competitions that had been carried out successfully during the English Language Week for the year of 2009 were :
i) Story telling
ii) Speech
iii) Action Song
iv) Choral speaking
v) Spelling Bee





Baca Seterusnya..
Pada pagi yang berbahagia ini, Guru Besar telah menyentuh tentang perlunya sikap jujur dan rajin dalam diri murid-murid. Murid-murid perlu membuang sikap malas dan sentiasa bersedia dalam apa jua keadaan. Guru Besar juga mengucapkan Selamat Hari Raya kepada murid-murid beragama Islam.
Guru Besar juga menyampaikan hadiah kepada para pemenang Pertandingan Ping Pong 2009.
Kategori Lelaki :
Johan : Timothy Lin Shiung Liang (6A)
Naib Johan : Boon Choon Ket (3A)
Ketiga : Wong Yew Chai (6A)
Edsam (4B)
Kategori Perempuan :
Johan : Beverly (6B)
Naib Johan : Saharmi (5A)
Ketiga : Angeline (4B)
Tracy Lim (6C)


Baca Seterusnya..
Keterangan logo 1 MalaysiaMelambangkan visi negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.
Mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.

Baca Seterusnya..


Guru Besar telah menyampaikan hadiah kepada murid-murid yang telah membaca buku terbanyak untuk bulan Jun dan Julai. Murid-murid mendapat baucer wang yang boleh digunakan untuk membeli buku di kedai Lumen.
Programini bertujuan untuk menggalakkan murid-murid pergi ke pusat sumber dan membaca buku untuk menambahkan ilmu pengetahuan. Tahniah kepada yang berjaya....

Baca Seterusnya..